TESRA

SMART VOICE REMOTE CONTROL

   

TESRA smart voice remote control adalah produk teknologi generasi baru yang hebat. Ia meliputi 99% model penghawa dingin dari pelbagai jenama di pasaran. Ia boleh mengawal kipas dan penghawa dingin secara serentak melalui arahan lisan dalam jarak 8 meter. Tiada keperluan untuk menyambungkan Wi-Fi, Bluetooth, atau memuat turun sebarang aplikasi kawalan. Ia boleh digunakan dengan segera setelah dikuatkan melalui soket USB. Ia sangat mudah dan selesa.

Imbas kod QR pada kotak produk untuk masuk ke tutorial, yang mengandungi penjelasan video dan teks, dan boleh diakses dalam tiga bahasa. Bahasa-bahasa tersebut termasuk Mandarin, Inggeris, dan Melayu.

Falsafah TESRA adalah untuk menjadikan produk pintar mudah diakses dan digunakan oleh semua orang. Anda pasti layak untuk memiliki produk ini.

Perhatian:

1. Peranti ini hanya menyokong peranti dengan kawalan jauh inframerah. Ia merangkumi 99% jenama air-con dan kipas rumah di pasaran.

2. Oleh kerana jenama-jenama air-con akan menukar model baru setiap dua tahun, dan kod kawalan jauh air-con juga mungkin berubah. Ini akan menyebabkan peranti sesetengah kod kawalan jauh ini tidak berfunsi.

3. Letakkan peranti ini di kawasan yang tidak terhalang untuk mengelakkan gangguan pada pengeluaran inframerah dan mencegah fungsi kawalan jauh yang normal.

4. Jangan guna peranti ini di persekitaran yang bising untuk mengelakkan masalah penerimaan arahan lisan atau penerimaan arahan yang salah.

5. Peranti ini hanya berfungsi dengaan arahan kawalan jauh yang telah ditetapkan mengikut panduan pengguna.

6. Setiap arahan perlu bermula dengan kod pengaktifan “Hi TESRA” dan selepas peranti menjawab “Yes Boss”.

Contohnya: “Hi TESRA” dan selepas peranti menjawab “Yes Boss”, ikuti dengan arahan kawalan jauh “Air Cond On”.

Atau: “Hi TESRA” dan selepas peranti menjawab “Yes Boss”, ikuti dengan arahan kawalan jauh “Swing On”.

7. Untuk mengembalikan peranti kepada tetapan lalai kilang, ikuti langkah-langkah ini:

Aktifkan peranti dengan “Hi TESRA” dan selepas peranti menjawab “Yes Boss”, ikuti dengan arahan kawalan jauh “Restore the device